Projek Portable Solar Genset

Projek Portable Solar Genset

Projek Portable Solar Genset
Projek masih berjalan sehingga kini.

 

Beberapa tahun kebelakangan ini saya banyak menumpukan masa kepada penghasilan produk yang berasaskan tenaga solar. Pelbagai ujikaji dilakukan bagi mendapatkan hasil yang dirancang.

Idea pertama adalah menghasilkan generator solar yang boleh dibawa ke mana-mana. Genset solat tersebut boleh membekalkan tenaga elektrik AC dan juga DC kepada alatan elektrik berkuasa kecil.

Daripada idea pertama itulah muncul pelbagai idea lain yang serupa menggunakan tenaga solar. Ujikaji pertama sekali adalah melihat hasil tenaga elektrik yang dihasilkan daripada solar panel pelbagai saiz. Bajet permulaan pada ketika itu menggunakan solar panel berkuasa 5 watt saja. Ianya menghasilkan kuasa yang sangat kecil untuk menghidupkan alatan elektrik sacara terus (direct).

Untuk memberi tenaga elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendah ia memerlukan peranti khas yang dinamakan inverter untuk menghasilkan tenaga elektrik AC. Sedangkan keluaran tenaga daripada solar panel adalah DC. Voltan DC tidak boleh menghidupkan alatan elektrik AC.

Dengan itu peranti inverter dihasilkan sendiri dengan bajet yang rendah. Kenapa saya menghasilkan sendiri inverter secara DIY sedangkan ianya boleh dibeli di kedai elektronik atau melalui online saja. Sebab utamanya kerana inverter yang dibeli tidak mampu untuk menghidupkan alatan elektrik tertentu pada masukan voltan yang rendah di bawah paras tenaga yang dibenarkan secara standart.

Alatan elektrik yang menjadi keutamaan untuk digunakan dengan inverter DIY adalah pam air AC atau pam air untuk akuarium berkuasa 3 hingga 5 Watt.