Konsep Tenaga Elektrik Dari Solar

Konsep Tenaga Elektrik Dari Solar

 

Konsep Tenaga Elektrik Dari Solar

Solar panel

SolarPanel

Solar panel menghasilkan tenaga elektrik DC hasil daripada tindakbalas cahaya matahari yang jatuh ke atas permukaan panel. Setiap voltan yang terhasil bergantung kepada spec solar panel tersebut.

Antara senarai voltan yang terhasil adalah seperti 12 volt, 6 volt, 5 volt dan 18 volt.  Ada juga voltan yang lebih besar nilainya yang terhasil seperti 24 volt dan 40 volt. Voltan keluaran adalah jenis DC sperti voltan bateri.

Nilai voltan (V), arus (A) dan kuasa (Watt) yang terhasil daripada solar panel adalah berbeza-beza mengikut saiz solar panel.

 

Bateri Boleh Cas

Penggunaan bateri adalah penting untuk sistem tenaga solar ini. Banyak fungsi kebaikan menggunakan bateri boleh cas dan ada juga sistem tenaga solar yang tidak menggunakan bateri.

Terdapat bateri khas untuk sistem tenaga solar yang mana bateri ini sesuai digunakan bersama solar panel. Namun sistem bateri merupakan komponen yang paling mahal di dalam sistem tenaga solar.

Dengan pengiraan yang betul digandingkan dengan solar panel yang sesuai, nilai penggunaan bateri boleh diketahui.

 

Solar Charge Controller

Peranti ini antara komponen penting dalam sistem tenaga solar. Kebiasaannya ianya perlu ada sama seperti sistem bateri juga. Ia berfungsi mengawal dan mengatur cas elektrik dari solar panel ke sistem bateri dan keluaran charge controller.

Terdapat beberapa fungsi di dalam peranti ini yang boleh kita program sendiri seperti menetapkan nilai voltan cas, voltan keluaran, pemasa dan banyak lagi. 

 

Power Inverter

Penggunaan power inverter ini khas untuk yang menggunakan alatan elektrik AC. Voltan keluaran daripada solar panel adalah voltan DC dan tidak boleh menghidupkan alatan elektrik AC tanpa menggunakan power inverter ini.

Kebiasaannya kita menggunakan power inverter 12v kepada 220VAC. Ada banyak jenis power inverter mengikut nilai Watt bagi setiap unit. Nilai Watt terendah adalah 60 Watt sehingga tertinggi 10,000 Watt. Pemilihan inverter perlulah mengikut kesesuaian penggunan di dalam sistem tenaga solar yang hendak kita bina nanti.

 

Contoh diagram pemasangan sistem elektrik solar untuk Home Cooler dengan Inverter

Rajah diagram di atas merupakan salah satu contoh pemasangan sistem elektrik solar yang menggunakan power inverter bagi menghidupkan alatan elektrik AC. Untuk pemasangan ini kita perlu berhati-hati kerana kta sedang bermain dengan elektrik AC yang merbahaya jika berlaku litar pintas apabila disentuh. Ia sekadar untuk kita berhati-hati dan sebagai peringatan saja. Tapi jika kita sudah biasa menggunakan alatan elektrik di rumah, sebenarnya kerja pemasangan sistem solar ini tidak merumitkan.

Bahagian yang perlu diutamakan dahulu adalah pengiraan keperluan sebelum pemasangan. Ini kerana kita perlu membeli dan menyediakan komponen serta alatan yang diperlukan tanpa berlaku kesilapan. Kesilapan di sini bermaksud adalah salah membeli jenis solar panel atau nilai power inverter atau jenis bateri dan sebagainya.

Contoh diagram pemasangan sistem elektrik solar tanpa Inverter

Rajah di atas adalah diagram pemasangan tanpa menggunakan Power Inverter. Ini bermaksud alatan yang digunakan adalah jenis alatan DC. Kebiasaan alatan jenis DC menggunakan voltan 12 volt dan ada yang menggunakan 5 volt iaitu sumber dari USB.

Kita boleh tentukan penggunaan jenis mana yang rasanya sesuai. Bagi menggunakan sumber DC, kita perlulah mencari alatan jeis DC dan perlu diingat alatan jenis DC ini tidak boleh disambungkan ke sumber eletrik AC. Kerana bukan sahaja tidak berfungsi malah boleh menyebabkan kerosakan seperti terbakar atau meletup.

Untuk pengguna alatan AC, power Inverter perlu dipasang di dalam sistem. Tanpa power Inverter, alatan tersebut tidak akan berfungsi dengan sumber kuasa DC dari bateri dan solar panel.

 

Jika anda ingin belajar dengan lebih banyak lagi, anda boleh daftar PPJ Online belajar pemasangan sistem tenaga solar DIY. Masuk link ini.

https://osini.co/pasangsolar